cute

sELaMaT dATanG kE bLoG sAYa, siLAlaH foLLoW daN kOmEn blOG sAYa.tERima kaSIh..

Monday 23 January 2012

zaman kanak-kanak dan remaja, Muhammad




  • Keturunan Yang Mulia – Nabi saw berketurunan dari Bani Hasyim. Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah ‘Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab.

Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a.,
daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.
(Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).
Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui
isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan kemuliaan
keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.
  • Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w. telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa. Keyatiman Baginda ini telah disebut oleh al-Quran al-Karim dengan firman Allah Taala:
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan perlindungan? (Ad-Dhuha: 6)
  • Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.
  • Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda. Apabila Rasul s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, Baginda duduk di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorangpun anak-anaknya (bapa saudara Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu, bapa-bapa saudara Baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttolib berkata: Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan.
  • Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Telah sabit daripada Baginda s.a.w., bahawa Baginda bersabda:
maksudya:
Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu.
Dalam riwayat lain, Baginda bersabda:
maksudnya:
Semua Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka sahabat Baginda bertanya kepadanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Lantas Baginda tnenjawab: Aku juga begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa qirat.
Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.
  • Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya, Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur. Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

(PENGAJARAN : Kehidupan pendakwah yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup yang baik lebih menjamin kejayaan beliau dalam dakwah kepada Allah, pengislahan akhlak dan memerangi mungkar. Ini kerana, dia tidak akan berhadapan dengan orang yang mencemuh keperibadiannya ketika dia masih belum berkecimpung dalam dakwah. Ramai yang kita temui melakukan dakwah islah, khususnya pengislahan akhlak; faktor terbesar orang ramai menolak mereka ialah komen terhadap latar belakang hidup mereka yang tercemar dan akhlak mereka yang menyeleweng).

Sunday 8 January 2012

Muhammad, Rahmat kepada manusia



sejarah penciptaan kaabah




Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.
Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”
Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.
Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Thursday 15 December 2011

peristiwa korban


Nabi Ibrahim melawat tempat tersebut bagi kali keduanya apabila Nabi Ismail sudah menjangkau alam remaja (mungkin berusia di antara 11 hingga 13 tahun) dan dia memberitahu anaknya tentang mimpinya. Al-Quran menjelaskan peristiwa ini dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

" Maka tatkala anak itu sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah aoa pendapatmu?" Anaknya menjawab; "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar". Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah Kami, serta Kami menyerunya; "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar".

(surah al-saffat 37:102-107)

Kejadian ini berlaku di Mina berhampiran Makkah, bersamaan dengan hari raya yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun apabila umat Islam di seluruh dunia membuat korban yang berupa biri-biri, kambing, unta, dan lembu terhadap Allah S.W.T. Anak Nabi Ibrahim yang kedua iaitu Nabi Ishaq belum lahir ke dunia. hanya selepas ujian Allah S.W.T dilalui dengan jayanya, dikirimkan berita gembira tentang kedatangan anaknya yang kedua sebagai anugerah daripada Tuhannya. 

Kemudiannya apabila Nabi Ibrahim berusia 100 tahun, dia menerima berita gembira tentang kelahiran anak lelakinya yang keduam Ishaq, daripada Sarah dengan firman:

Dan Allah berkata kepada Ibrahim: "Sarai isterimu, engkau tidak seharusnya memanggilnya Sarai tetapi sepatutnya Sarah. Aku akan merahmatinya, juga akan memberi engkau seorang anak lelaki daripadanya....dan engkau akan menamainya Ishaq...". Kemudian Nabi Ibrahim mengambil anaknya, Nabi Ismail dan semua anak hamba-hambanya yang lahir di rumahnya atau yang dibeli serta setiap orang laki-laki dirumahnya dan mengkhatankan mereka seperti yang diberitahu oleh Allah kepadanya. Anaknya, Nabi Ismail berusia 13 tahun ketika dikhatankan".


Tuesday 13 December 2011

Bani Ismail..

Ibu Nabi Ismail menyusui anaknya dan dia meminum air yang ditinggalkan oleh suaminya selama beberapa hari sehingga air itu habis, selepas itu dia dan anaknya menderita kehausan. Dia melihat anaknya menangis kehausan namun dia tidak dapat membantunya, lalu dia meninggalkan Nabi Ismail, menuju ke lembah untuk meminta pertolongan tetapi beliau tidak menemui sesiapa pun. 


dia mengembara di antara Bukit Safa dan Marwah, kadang-kadang berlari-lari, terutamanya apabila dia tiba di kawasan tanah rendah sehingga dia tidak dapat melihat anaknya dan kadang-kadang dia berjalan, sebanyak tujuh kali. Dia tidak menemui sesiapa pun. Ibn Abbas meriwayatkan Nabi Muhamma s.a.w bersabda yang bermaksud bahawa itulah sebabnya mengapa orang ramai melakukan sai (berlari-lari anak di antara Bukit safa dengan Marwah).


Ibn Abbas meriwayatkan, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:


Tiba-tiba dia melihat orang berada di tempat terbitnya mata air Zam Zam. Menurut Ibrahim bin Nafey dan Ibn Juraij, Hajar melihat Jibrail sedang menggali tanah dengan tumit dan sayapnya sehingga air memancut keluar. Hajar mengisi air ke dalam bekasnya. Ketika itu semakin banyak air yang memancut keluar.


bersambung~~

salasilah Nabi Muhammad s.a.w

*menurut Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w tidak dinasabkan kepada Ma'add bin Adnan dalam salasilah keturunannya.


BANI ISMAIL
  • Ketika Nabi Ismail masih kecil, Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya membawa anaknya ke Tanah Suci Kaabah di Makkah dan meninggalkannya di sana supaya apabila dewasa nanti dia dapat mengembangkan ajaran Allah S.W.T di sana.
  • Nabi Ibrahim kemudiannya membawa isterinya, Hajar bersama-sama anaknya dan meninggalkan kedua-duanya berhampiran sebatang pokok, dan di tempat itulah kemudiannya telaga Zam Zam ditemui yang kemudiannya dikenali sebagai Makkah. Tempat ini merupakan sebuah lembah yang tandus, tidak berair serta tidak berpenghuni. Nabi Ibrahim meninggalkan air di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada kulit dan sebungkus buah kurma untuk isterinya Hajar dan tanpa sepatah kata, dia meninggalkan tempat itu. 
*Perbualan pendek antara Hajar dan Nabi Ibrahim.


Kemudian Hajar kembali semula kepada anaknya. Apabila Nabi Ibrahim hilang dari pandangan di sebalik bukit, dia tidak dapat lagi melihat isteri dan anaknya, dia berhenti dan berpaling ke tempat itu ( kemudian mendirikan kaabah ) dan berdoa kepada Allah S.W.T yang bermaksud:

*bersambung kisahnya~~