cute

sELaMaT dATanG kE bLoG sAYa, siLAlaH foLLoW daN kOmEn blOG sAYa.tERima kaSIh..

Thursday, 15 December 2011

peristiwa korban


Nabi Ibrahim melawat tempat tersebut bagi kali keduanya apabila Nabi Ismail sudah menjangkau alam remaja (mungkin berusia di antara 11 hingga 13 tahun) dan dia memberitahu anaknya tentang mimpinya. Al-Quran menjelaskan peristiwa ini dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

" Maka tatkala anak itu sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah aoa pendapatmu?" Anaknya menjawab; "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar". Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah Kami, serta Kami menyerunya; "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar".

(surah al-saffat 37:102-107)

Kejadian ini berlaku di Mina berhampiran Makkah, bersamaan dengan hari raya yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun apabila umat Islam di seluruh dunia membuat korban yang berupa biri-biri, kambing, unta, dan lembu terhadap Allah S.W.T. Anak Nabi Ibrahim yang kedua iaitu Nabi Ishaq belum lahir ke dunia. hanya selepas ujian Allah S.W.T dilalui dengan jayanya, dikirimkan berita gembira tentang kedatangan anaknya yang kedua sebagai anugerah daripada Tuhannya. 

Kemudiannya apabila Nabi Ibrahim berusia 100 tahun, dia menerima berita gembira tentang kelahiran anak lelakinya yang keduam Ishaq, daripada Sarah dengan firman:

Dan Allah berkata kepada Ibrahim: "Sarai isterimu, engkau tidak seharusnya memanggilnya Sarai tetapi sepatutnya Sarah. Aku akan merahmatinya, juga akan memberi engkau seorang anak lelaki daripadanya....dan engkau akan menamainya Ishaq...". Kemudian Nabi Ibrahim mengambil anaknya, Nabi Ismail dan semua anak hamba-hambanya yang lahir di rumahnya atau yang dibeli serta setiap orang laki-laki dirumahnya dan mengkhatankan mereka seperti yang diberitahu oleh Allah kepadanya. Anaknya, Nabi Ismail berusia 13 tahun ketika dikhatankan".


Tuesday, 13 December 2011

Bani Ismail..

Ibu Nabi Ismail menyusui anaknya dan dia meminum air yang ditinggalkan oleh suaminya selama beberapa hari sehingga air itu habis, selepas itu dia dan anaknya menderita kehausan. Dia melihat anaknya menangis kehausan namun dia tidak dapat membantunya, lalu dia meninggalkan Nabi Ismail, menuju ke lembah untuk meminta pertolongan tetapi beliau tidak menemui sesiapa pun. 


dia mengembara di antara Bukit Safa dan Marwah, kadang-kadang berlari-lari, terutamanya apabila dia tiba di kawasan tanah rendah sehingga dia tidak dapat melihat anaknya dan kadang-kadang dia berjalan, sebanyak tujuh kali. Dia tidak menemui sesiapa pun. Ibn Abbas meriwayatkan Nabi Muhamma s.a.w bersabda yang bermaksud bahawa itulah sebabnya mengapa orang ramai melakukan sai (berlari-lari anak di antara Bukit safa dengan Marwah).


Ibn Abbas meriwayatkan, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:


Tiba-tiba dia melihat orang berada di tempat terbitnya mata air Zam Zam. Menurut Ibrahim bin Nafey dan Ibn Juraij, Hajar melihat Jibrail sedang menggali tanah dengan tumit dan sayapnya sehingga air memancut keluar. Hajar mengisi air ke dalam bekasnya. Ketika itu semakin banyak air yang memancut keluar.


bersambung~~

salasilah Nabi Muhammad s.a.w

*menurut Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w tidak dinasabkan kepada Ma'add bin Adnan dalam salasilah keturunannya.


BANI ISMAIL
  • Ketika Nabi Ismail masih kecil, Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya membawa anaknya ke Tanah Suci Kaabah di Makkah dan meninggalkannya di sana supaya apabila dewasa nanti dia dapat mengembangkan ajaran Allah S.W.T di sana.
  • Nabi Ibrahim kemudiannya membawa isterinya, Hajar bersama-sama anaknya dan meninggalkan kedua-duanya berhampiran sebatang pokok, dan di tempat itulah kemudiannya telaga Zam Zam ditemui yang kemudiannya dikenali sebagai Makkah. Tempat ini merupakan sebuah lembah yang tandus, tidak berair serta tidak berpenghuni. Nabi Ibrahim meninggalkan air di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada kulit dan sebungkus buah kurma untuk isterinya Hajar dan tanpa sepatah kata, dia meninggalkan tempat itu. 
*Perbualan pendek antara Hajar dan Nabi Ibrahim.


Kemudian Hajar kembali semula kepada anaknya. Apabila Nabi Ibrahim hilang dari pandangan di sebalik bukit, dia tidak dapat lagi melihat isteri dan anaknya, dia berhenti dan berpaling ke tempat itu ( kemudian mendirikan kaabah ) dan berdoa kepada Allah S.W.T yang bermaksud:

*bersambung kisahnya~~