cute

sELaMaT dATanG kE bLoG sAYa, siLAlaH foLLoW daN kOmEn blOG sAYa.tERima kaSIh..

Thursday 15 December 2011

peristiwa korban


Nabi Ibrahim melawat tempat tersebut bagi kali keduanya apabila Nabi Ismail sudah menjangkau alam remaja (mungkin berusia di antara 11 hingga 13 tahun) dan dia memberitahu anaknya tentang mimpinya. Al-Quran menjelaskan peristiwa ini dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

" Maka tatkala anak itu sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah aoa pendapatmu?" Anaknya menjawab; "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar". Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah Kami, serta Kami menyerunya; "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar".

(surah al-saffat 37:102-107)

Kejadian ini berlaku di Mina berhampiran Makkah, bersamaan dengan hari raya yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun apabila umat Islam di seluruh dunia membuat korban yang berupa biri-biri, kambing, unta, dan lembu terhadap Allah S.W.T. Anak Nabi Ibrahim yang kedua iaitu Nabi Ishaq belum lahir ke dunia. hanya selepas ujian Allah S.W.T dilalui dengan jayanya, dikirimkan berita gembira tentang kedatangan anaknya yang kedua sebagai anugerah daripada Tuhannya. 

Kemudiannya apabila Nabi Ibrahim berusia 100 tahun, dia menerima berita gembira tentang kelahiran anak lelakinya yang keduam Ishaq, daripada Sarah dengan firman:

Dan Allah berkata kepada Ibrahim: "Sarai isterimu, engkau tidak seharusnya memanggilnya Sarai tetapi sepatutnya Sarah. Aku akan merahmatinya, juga akan memberi engkau seorang anak lelaki daripadanya....dan engkau akan menamainya Ishaq...". Kemudian Nabi Ibrahim mengambil anaknya, Nabi Ismail dan semua anak hamba-hambanya yang lahir di rumahnya atau yang dibeli serta setiap orang laki-laki dirumahnya dan mengkhatankan mereka seperti yang diberitahu oleh Allah kepadanya. Anaknya, Nabi Ismail berusia 13 tahun ketika dikhatankan".


No comments:

Post a Comment